Berita Terkini

 

Ramadhan hampir ke penghujungnya.  Apakah nilai amalan kita sepanjang Ramadhan ini?  Adakah ia lebih baik dari tahun dahulu, atau sama sahaja, atau lebih buruk lagi???  Akan bertemukah kita lagi dengan Ramadhan akan datang?

You are here: Utama Profail Visi, Misi Dan Piagam Pelanggan

Visi, Misi Dan Piagam Pelanggan

E-mail Cetak PDF

 

VISI

 Institusi Pendidikan Sri Al-Amin Bangi Meneraju Sistem Pendidikan Islam Bagi Melahirkan Insan Rabbani.

 

MISI

  • Memberi pendidikan yang seimbang, cemerlang dan berkualiti bagi menjana peningkatan keilmuan, kemahiran, keterampilan dan berdaya saing tinggi.
  • Menggilap potensi kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum yang berkesan berlandaskan syariat Islam.
  • Mempertingkatkan tarbiyah dan sahsiah murid untuk melahirkan insan Rabbani.
  • Membangunkan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami bertekad dan berazam insya-Allah akan:

  • Mendidik dengan penuh kesungguhan, ikhlas dan kasih sayang ke arah mencapai perkembangan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. 
  • Melahirkan generasi berkualiti yang sedia memberi khidmat kepada agama dan ummah.
  • Melaksanakan tugas dengan segera, proaktif, kreatif dan berhikmah.
  • Mewujudkan biah sekolah yang soleh, harmoni, bersih, kondusif dan selamat.
  • Menjalin kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa, alumni dan komuniti untuk perkongsian pendidikan bestari.
  • Bersedia menerima pandangan, kepakaran dan teguran yang positif demi kecemerlangan prestasi sekolah.