PEJABAT PENGURUSAN dan KEDAI SEKOLAH BERPINDAH

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua warga Sri Al-Amin Bangi yang dirahmati Allah.

Untuk makluman semua, Pejabat Pengurusan (Bahagian Kewangan & Yuran, Sumber Manusia dan Aset/Penyelenggaraan) dan Kedai Sekolah akan berpindah ke pejabat baru di Bangunan 2 Tingkat Sek Rendah (sebelah TNB) bermula 4hb September 2017. Proses perpindahan dan mengemas semula pejabat dan Kedai sekolah dijalankan bermula 28 Ogos 2017 dan kemungkinan akan berlarutan sehingga 8 September 2017.

Berikut adalah kedudukan terperinci pejabat pengurusan :

Tingkat bawah : Kedai Sekolah, Pejabat Kewangan dan Kaunter Yuran

Tingkat atas : Bahagian Sumber Manusia, Bahagian IT dan Bahagian Kualiti/Aset/Penyelenggaraan

Pembayaran yuran masih dilakukan di pejabat lama (bangunan 1 tingkat) sehingga proses pemasangan dan pendawaian sistem internet selesai di bangunan pejabat baru.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

03-89252454 (Pejabat Pengurusan), 03-89273001 (Pej Sekolah Rendah) atau 03-89273002 (Pej Sek Menengah)

 

pejabat baru - Copy

PEJABAT BARU

pejabat lama - Copy

PEJABAT LAMA - akan beroperasi sehingga proses pemasangan dan pendawaian internet selesai

Sekian, terima kasih

 

 

 

TOP