Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Al-Amin

A. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DARI SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI DAN SEKOLAH RANGKAIAN

  1. Tiada masalah disiplin dah masalah sahsiah yang besar
  2. Mendapat sokongan dari pihak sekolah rendah

B. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DARI SEKOLAH KEBANGSAAN

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam UPSR
  2. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam PSRA
  3. Hanya sekiranya memenuhi syarat 1 dan 2 di atas barulah layak untuk menduduki ujian kelayakan dan temuduga ibubapa.
  4. Lulus ujian kelayakan dan temuduga ibubapa.

C. KEMASUKAN KE TINGKATAN LAIN

  1.  Mendapat sokongan dari sekolah lama.
  2.  Menilai rekod disiplin dan pencapaian akademik terakhir.
  3.  Menghubungi pihak sekolah lama bagi mengetahui sahsiah dan disiplinnya.
  4.  Menjalankan kerja kursus di sekolah lama dan mempunyai rekod kerja kursus berkenaan.
  5.  Mempunyai rekod kokurikulum .
  6. Lulus ujian kelayakan dan temuduga ibubapa.

D. KEMASUKAN KE TINGKATAN LAIN DARI SEKOLAH RANGKAIAN

  • Sama seperti di C kecuali no 6.

E. KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4)

  1. Menduduki peperiksaan PMR (Syarat dari Sektor Pendidikan Swasta)
  2. Berumur tidak kurang 16 tahun pada tahun kemasukan (Syarat dari Sektor Pendidikan Swasta)
  3. Berumur tidak melebihi 18 tahun
  4. Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam PMR
  5. Mengambil Bahasa Arab semasa PMR dan lulus
  6. Menilai rekod disiplin
  7. Sekiranya memenuhi syarat 1 hingga 6 di atas barulah layak untuk menduduki ujian kelayakan dan temuduga Ibubapa.
  8. Mendapat sokongan dari sekolah lama
  9. Menghubungi pihak sekolah lama bagi mengetahui sahsiah dan disiplin
  10. Mempunyai rekod kokurikulum.
  11. Lulus ujian kelayakan dan temuduga ibubapa

F. PERKARA-PERKARA LAIN

  • Adalah tidak digalakan mengambil pelajar baru untuk tingkatan 3 dan 5 kecuali yang berpindah dari sekolah rangkaian dan kes-kes tertentu sahaja.Ini adalah untuk mengelakan dari menganggu pengurusan peperiksaan terutama markah kerja kursus dan pilihan mata pelajaran berlainan seperti subjek Kemahiran Hidup.Surat tawaran hanya akan dikeluarkan setelah syarat-syarat dipenuhi.

G. Pelajar Antarabangsa tidak diterima masuk ke Sekolah Sri Al-Amin kerana sekolah ini belum bertaraf Antarabangsa.

TOP