Pengenalan

Sekolah Sri Al-Amin Bangi merupakan sebuah sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia terdiri dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.  Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan di Masjid Lama Serdang dan didaftar buat kali pertamanya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – No Pendaftaran 033/8 pada tahun 1989.  Ia turut didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun yang sama.  

Berkesinambungan dari Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1994.  Pada tahun 1997, Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah berpindah ke bangunan tetapnya di Kampung Sungai Tangkas, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Pendaftaran sekolah telah diterima secara rasminya oleh Kementerian Pelajaran Swasta pada Januari 2006 dengan No Pendaftaran B1C 4065 bagi Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dan B2C 4066 bagi Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.

Lembaga Pengelola Sri Al-Amin Bangi (LPSAAB) adalah institusi yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan dan operasi Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi melalui daftar syarikat Sri Al-Amin Bangi Sdn. Bhd. (301705-P).

Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi merupakan salah sebuah sekolah di bawah Rangkaian IKRAM Musleh iaitu sebuah organisasi yang menggabungkan semua sekolah-sekolah IKRAM satu Malaysia.
 
Sekolah Sri Al-Amin Bangi adalah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Dearah Hulu Langat dan Daerah Kajang di peringkat daerah.
 
Sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan berintegrasi.  Bahasa penghantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

TOP